Polis percaya mayat budak ditemui adalah William
IBU bapa kanak-kanak yang hilang, Yau
Kok Kang dan isterinya, Goh Ying Ying keluar dari bilik mayat Hospital
Tengku Ampuan Rahimah, Klang, selepas membuat pengecaman ke atas mayat
kanak-kanak yang dijumpai di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, di
Klang hari ini. Anak mereka, William Yau Zhen Zhong dilaporkan hilang
sejak lapan hari lalu. = UTUSAN
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, ia berdasarkan pengecaman yang dibuat oleh ibu bapa mangsa terhadap mayat tersebut malam tadi serta pagi ini.
"Dalam pengecaman tersebut didapati seluar dan seluar dalam mayat itu adalah menyerupai milik mangsa.
"Seterusnya kesan parut di dahi kanan dan dua lagi parut di belakang kepala mangsa juga adalah sama," katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya di sini hari ini. - UTUSAN



0 komentar:
Posting Komentar